Salam dari Paksina

Tiba lagi ramadan yang dinanti-nanti. 
Tahun ini puasa aku jauh dari daksina.
Mahu tidak mahu,
Aku perlu hadap dengan reda.
Demi sepersalinan jubah convo,
Aku perlu kuat teruskan langkah
walaupun kekadang itu terduduk seketika,
apa lagi aku boleh lakukan
selain bangun kembali dan terus berjalan.
Demi mereka yang menggenggam impianku.
Aku akan terus berjalan hingga berjumpa syawal.

Salam Ramadhan buat semua,
Moga rahmat Allah menyatukan kita.

-Salam rindu dari paksina

Comments

Popular Posts