Untuk masa lalu

Salam buat kamu yang membaca,

Sedang aku membelek kembali
Cerita lama
Aku terlihat aku yang dulu
Aku yang hadapi episod episod duka
Aku yang kuat
Aku yang sabar
Sehingga lahir aku yang sekarang
Betapa tabahnya
Aku ketika itu
Dan betapa sayangnya Tuhan padaku
ketika itu.

Andai diberi aku satu peluang
Mahu aku peluk erat aku ketika itu
lalu mahu aku katakan
Terima kasih, terima kasih!
Moga kau terus kuat
Untuk hari esok,
Yakinlah hujung sana
Tuhan sudah ketepikan bahagia kau.

Comments

Popular Posts