Khabar

Assalamualaikum
Apa khabar buat kamu
Yang dulu sering aku rindu
Bagaimana harimu? 
Sihat selalu? 
Persiapan tahun baru kamu sudah lengkap? 

Tahun baru aku
azam masih sama
untuk jadi lebih baik dari yang dulu

Tiada apa yang aku mahu impikan
Buat masa ini cuma itu. 
Cukup cuma itu, 
Saja mahu tanya harimu.

Moga kamu baik baik saja
Bawah lindungan yang Esa. 

Comments

Popular Posts