Salah siapa?

Hari ini mungkin bukan puisi untuk diceritakan
Aku cuma inginkan kurangkan rasa
Nak meluahkan tapi tak mampu

Kau tahu tak
sejak kejadian aku hilang orang aku sayang
semua yang jadi selepas itu
aku salahkan diri aku

Semua masalah yang berlaku 
semua aku salahkan diri sendiri
sedangkan aku tahu
bukan salah aku pun
tapi aku tetapkan salahkan aku

Sekarang untuk tune semula otak aku
macam dah terlambat
Aku macam dah lagi banyak menyusahkan orang
aku nak cerita apa aku rasa semua aku takut

Aku takut semua benda berpunca dari aku
nak cakap dengan orang pun aku takut
Takut terlebih cakap jadi aku yang salah

Kau tengok sendiri kan
semua memang salah aku
Aku cuba menidakkan bila rasa begini
tapi aku tak mampu buat sendiri

Aku nak cakap 
tapi dengan siapa?
Ada ke yang nak dengar dan nak tahu

Kadang aku terbayang macam macam
mimpi yang bukan bukan
aku cuma cakap 
itu salah aku fikir yang bukan bukan 
sampai terbawa bawa

Sini jelah tempat aku cerita
mungkin memang betul salah aku
Aku cuma mampu doa
Tuhan kembalikan jiwa aku yang dulu

Aku yang sekarang sangatlah lembik
Tolong doa untuk aku
cepatlah masa berlallu
berharap satu masa nanti 
jiwa aku normal macam dulu

Comments

Popular Posts